BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 14 Julai 2010

Punca berlakunya pencemaran air

Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun, air semakin hari semakin tercemar. Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan buangan. Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air kita. Kini, banyak punca air kita tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil ia mungkin memudaratkan kehidupan manusia.


Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.


Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.


Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.


Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.


Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.


Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa persekitaran kita bersih dan selamat untuk hidup. Langkah-langkah perundangan penting dalam menangani masalah ini. Kesedaran melalui pendidikan alam sekitar juga dapat membendung fenomena ini.

Sumber Daripada:http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/punca-berlakunya-pencemaran-air/

Rabu, 7 Julai 2010

Penjagaan Alam Sekitar Menurut Perspektif Islam




PENDAHULUAN

Apa erti alam sekitar?

Alam sekitar ialah meliputi keseluruhan kawasan yang didiami oleh manusia.

Alam sekitar terbahagi kepada dua:

1. Kaku ( ciptaan Allah semulajadi ) seperti daratan, bintang dan langit. Dua ciri utama alam kaku ialah:

- Berfungsi untuk kegunaan dan memenuhi kehendak manusia. Contohnya Allah menjadikan tanah yang sesuai untuk tanaman. Sekiranya Allah menjadikan semua tanah gurun atau pasir ataupun semua emas, sudah pasti manusia tidak boleh bercucuk tanam dengannya.

- Semua alam sekitar ini saling lengkap melengkapi mengikut ketentuan Allah seperti matahari member cahaya dan kepanasannya yang sesuai kepada manusia sepertimana air mengalir memberi sumber kehidupan kepada manusia.

2. Hidup (buatan manusia) seperti lubang yang digali sebagai sungai, pokok-pokok yang ditanam, bangunan-bangunan yang dibina dan sebangainya. Manusia, haiwan dan pokok termasuk juga dalam alam sekitar yang hidup.

PENYELESAIAN ISLAM TERHADAP ALAM SEKITAR

1. Penghijauan dan tanaman. Faedah dua cara ini ialah:

- Manfaat. Melalui tanaman, hasilnya sudah pasti dapat dinikmati dan dirasai.

- Cantik. Tanaman yang menghijau, menjadikan sesuatu kawasan nampak cantik dan indah.

2. Memakmurkan dunia dengan menghidupkan tanah yang terbiar dengan tanaman dan menjaga sumber alam.
3. Kebersihan dan pembersihan. Islam memandang tinggi kepada kebersihan pada diri dengan memberi pahala sunat mandi sebelum jumaat, kebersihan mulut dengan sunat bersiwak dan sebagainya.
4. Penjagaan sumber alam. Islam menegah manusia daripada merosakkan atau mencemarkan sumber-sumber alam yang terdapat dalam bumi, daratan ataupun dalam laut.
5. Penjagaan kesihatan manusia. Sekiranya Islam mementingkan penjagaan sumber alam, maka penjagaan sumber manusia adalah terlebih penting. Orang mukmin yang kuat lebih baik daripada mukmin yang lemah. Islam juga menyeru kepada manusia untuk berubat sekiranya sakit. Kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada penjagaan kesihatan kerana mereka adalah pemimpin dan orang dewasa pada masa depan.
6. Ihsan dengan alam sekitar. Ihsan bererti bersungguh-sungguh dan berlemah lembut. Selayaknya bagi manusia bersifat ihsan dengan kedua-dua makna di atas terhadap manusia sendiri, haiwan, pokok bahkan semua alam baik yang hidup mahupun yang kaku dan kekal seperti tanah,ait dan sebaginya.
7. Penjagaan alam sekitar daipada kerosakan. Islam meletakkan orang yang melakukan kerosakan di atas muka bumi sebagai perbuatan haram dan mungkar sama ada kerosakan itu kerana sengaja, marah, tanpa sebab dan sebagainya.
8. Keseimbangan alam sekitar. Perkara yang paling penting dalam penjagaan alam sekitar ialah penjagaan keseimbangannya. Manusia mestilah besikap adil, tidak terlalu melampau dan tidak terlalu bermudah –mudah sehingga dengan dua sikap ini menyaksikan alam sekitar rosak tanpa pembelaan.

PERKARA YANG MERBAHAYA KEPADA ALAM SEKITAR

Allah menciptakan alam sekitar dengan fungsinya yang tertentu untuk kesejahteraan manusia. Sekiranya manusia berjalan tanpa hidayah dan pentunjuk daripada Allah, sudah pasti di sana berlaku kerosakan-kerosakan yang mendatangkan bahaya kepada alam sekitar:

1. Pencemaran. Apabila manusia tidak beriman dan bertaqwa serta tidak berjalan di jalan yang lurus, maka akan berlaku banyak pencemaran dalam semua perkara. Antaranya:

- Air. Pencemaran bermula dengan pencemaran laut atau sungai. Contoh lain kurangnya oksigen dalam kandungan air, bahan kimia yang berlebihan serta bakteria yang membiak dalamnya.

- Udara. Pencemaran berlaku dengan radio aktif, fog, debu dan sebagainya

2. Kehabisan sumber asli. Sumber asli akan habis pada amasa akan dating bukan dengan sebab Allah menjadikan ianya hanya sedikit tetapi mausia yang zalim pada dirinya dan tidak bersyukur yang menyebabkan sumber asli habis dan kering seperti menggunakannya bukan pada tempatnya, membazir,cuai sehingga meyebabkan sumber rosak dan sebagainya.
3. Ketidakseimbangan sistem alam.

PUNCA ROSAKNYA ALAM SEKITAR

1. Menukar ciptaan Allah. Ataupun dengan ibarat yang lain, menukar fitrah yang ditetapkan oleh Allah kepada manusia seperti menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya serta membunuh anak lelaki.
2. Zalim. Sama ada zalim itu kepada diri sendiri atau zalim kepada saudaranya ataupun zalim kepada alam sekitar.
3. Meninggi diri. Perlakuan bongkak dan takabbur contohnya fir’aun.
4. Mengikut hawa nafsu. Menjadikan manusia daripada seorang yang matang kepada haiwan yang sentiasa mengikut hawa nafsu, tidak ada baginya akal mahupun hati dan perasaan.
5. Penyelewengan daripada keseimbangan alam. Perlakuan manusia yang terlalu melampau dan terlalu bermudah-mudah.
6. Kufur dengan nikmat Allah. Manusia tidak menghayati nikmat yang diberikan, tidak mensyukurinya sepertimana yang sepatutnya.

CARA ISLAM TERKINI DALAM MENJAGA ALAM SEKITAR

1. Pendidikan yang berterusan dalam setiap peringkat. Cara terbaik ialah dengan pendidikan pada peringkat perkembangan manusia daripada tadika, sekolah sehingga ke peringkat universiti. Adalah menjadi satu kewajipan menanam fikrah pentingnya menjaga dan merawat alam sekitar.
2. Kesedaran dan pengetahuan kepada orang dewasa. Memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada orang dewasa dan masyarakat secara umum.
3. Penjagaan sebagai tanggungjawab umum. Menjaga alam sekitar termasuk dalam daerah amar ma’ruf, manakala mencemarkannya termasuk dalam nahi mungkar. Maka setiap muslim bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran.
4. Perlaksanaan denda. Memasukkan ke dalam undang-undang dengan mengenakan denda kepada sesiapa yang tidak mematuhi peraturan menjaga alam sekitar.
5. Bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab. Bekerjasama dengan badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang khusus dalam penjagaan alam sekitar.

SUMBER:http://www.thaqofah.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=80:penjagaan-alam-sekitar-menurut-perspektif-islam&catid=7:peringatan&Itemid=20